HIBURAN
Pati halia Nadia

|
| AURA bahagia di mata Nadia terserlah setelah perniagaan yang diusahakan menampakkan sinarnya. |
HAMIL anak pertama dalam keadaan kerjaya dan rezeki yang semakin stabil, adalah 'tuah' yang tidak pernah dijangka oleh aktres Nadia Mustafar.
Pelakon wanita cantik jelita ini semakin bersinar dalam dunia lakonan dan dalam masa yang sama mengorak langkah bergaya sebagai ahli perniagaan.
Nadia yang kini hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta, Hazil Izham menganggap segala yang menjadi milik dan rezekinya hari ini adalah kerana usaha yang gigih dan diizinkan oleh Yang Maha Esa.
"Memang Nadia akui, selama ini dalam hidup Nadia sering tercari-cari. Karier okey, tetapi masih ada banyak benda yang kurang rasanya. Setelah hamil tiga bulan, Nadia merasakan inilah yang Nadia cari selama ini. Detik-detik mengandung seperti sekarang buat Nadia merasakan diri makin disayangi, apatah lagi dengan perniagaan yang semakin maju ke depan menjadikan Nadia cukup positif bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-Nya. Kalau kita berusaha dengan keras tanpa mengenal penat, tidak busuk hati kepada orang lain, Insya Allah akan ada ganjarannya," katanya.
Nadia baru saja menerbitkan Losyen Chantik Pati Halia berasaskan herba pati halia dan dia menganggap ini adalah langkah permulaan untuk dirinya meluaskan langkah di bidang perniagaan.
Kejayaan Losyen Chantik Pati Halia di pasaran menjadikan dia semakin serius dan merancang menerbitkan pelbagai barangan lain selepas sambutan Aidilfitri akan datang.
"Ada beberapa produk yang akan Nadia terbitkan, Insya-Allah. Ikut perancangan setiap produk Nadia Chantik akan memberi tumpuan kepada penjagaan diri dan kesihatan wanita dan lelaki serta seisi keluarga," katanya lagi.
Cukup yakin dengan apa yang diusahakannya, menurut Nadia, semenjak Losyen Chantik Pati Halia berada di pasaran, dia tidak menang tangan menerima tempahan daripada pelanggan. Ini termasuklah dari kalangan artis dan personaliti yang berminat dengan barangan yang diterbitkan itu. Sekadar menyebut beberapa nama, antara artis yang setia menjadi pelanggannya ialah Rita Rudaini, Azizah Mahzan, Amyza Adnan, Ieda Moin dan ramai lagi.
Kalangan artis memilih Losyen Chantik Pati Halia kerana mereka tahu mengenai keberkesanannya selain kurang berisiko untuk berhadapan dengan masalah kesan sampingan.
"Memilih ubat kurus bukan lagi 'trend' semasa kerana mereka bimbang dengan kesan sampingan. Sebab itu banyak beralih kepada set penjagaan badan seperti Losyen Chantik Pati Halia ini kerana ia hanya perlu disapu pada luaran badan dan ia berkesan sekali.
"Nadia juga berterima kasih kepada rakan-rakan artis dan rakan media yang sudi berkongsi dan menyokong bisnes ini.
"Dan adalah menjadi hasrat Nadia untuk berkongsi semua ini dengan seluruh warganegara Malaysia khususnya peminat-peminat," beritahu pelakon jelita ini lagi.
Losyen Chantik Pati Halia dihasilkan dengan menggunakan pati halia yang diformulasi dengan serai wangi. Khasiat utama pati halia ialah berperanan membantu mengeluarkan angin dalam badan pengguna dengan cara yang selamat. Ia juga mujarab untuk digunakan oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin bagi mengembalikan semula badan kepada bentuk asal dan kembali ramping.
"Sasaran Nadia ialah produk yang boleh diguna pakai oleh seisi keluarga, pelbagai guna dan murah harganya. Losyen Chantik Pati Halia memang memenuhi hasrat dan impian Nadia sebab harganya sangat berpatutan," tuturnya lagi.
Bercakap tentang produk berkenaan, tentu banyak yang mahu mengetahui mengenai hasilnya. Apakah dengan penggunaan yang kerap boleh benar-benar membantu mereka yang bermasalah?
Kata Nadia, hasil kepada setiap individu adalah berbeza. Bagaimanapun jika mengikut peraturan pemakaian yang betul, mungkin dalam masa beberapa hari sudah terasa perubahan pada bentuk tubuh si pemakainya.
"Pengguna dinasihatkan menggunakan pada setiap malam sebelum masuk tidur. Untuk wanita bersalin boleh digunakan setiap masa sebagai pengganti minyak urut. Manakala untuk mereka yang bermasalah dengan lebihan lemak dan selulit di badan, hanya sapu di tempat bermasalah" kata Nadia.
Dalam masa tidak sampai dua bulan di pasaran losyen Pati Halia Nadia Chantik sudah mempunyai ratusan pengedar yang juga rakan kongsi bisnes Nadia. Pun begitu, mereka yang berminat menjadi agen masih mempunyai ruang untuk berbuat sedemikian dengan tawaran harga modal sekitar RM300 sahaja. "Peluang diberikan kepada mereka yang berminat termasuk mereka yang tidak mempunyai premis perniagaan yang tetap.
"Tujuannya ialah Nadia mahu berkongsi dengan semua yang berminat. Mereka yang mengusahakan perniagaan atau mahu menambah pendapatan dari rumah pun boleh menjadi rakan bisnes syarikat Nadia kerana barangan ini tidak sukar untuk dijual.
"Cerita saja kepada kawan-kawan dan keluarga dan sekali mereka mencuba, Nadia yakin mereka akan terus menjadi pelanggan tetap Losyen Chantik Pati Halia ini sampai bila-bila kerana kesannya yang hebat," katanya yakin.